Innalhamdalillah nastai'nuhu wa nastaghfiruh wa nau'dzubillahi min surruri anfusina wa saiyyaa'ti a'malina , mai yahdillahi fala mudillalah wa mai yudhlil fala haadiyalah , amma ba'du.
Min asdaqol haditha kitaaballahu wa khoiral haadi hadiyu Muhammadi sallallhu alaihi wasallam
Wa sarrul umura muhdasatuha wa kullu muhdasatin bid'ah wa kullu bidaatin dholallah wa kullu dholalatin finnar.
Sesungguhnya segala puji bagi Allah , padanya kita meminta pertolongan dan memohon keampunan.
Dan padanya jua kita meminta perlindungan daripada kejahatan yang ada dalam diri kita dan keburukan amalan-amalan kita.Maka sesiapa yang diberi petunjuk maka tidaklah ia sesat dan sesiapa yang sesat maka tiadalah petunjuk padanya.Dan lagi...
Dan sebenar-benar pekataan itu adalah Kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk dari Nabi Muhammad Sallallhu alaihi wasallam.
Seburuk-buruk perkara adalah ( perkara baru yang diada-adakan dalam agama) dan tiap-tiap perkara baru dalam agama itu adalah Bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu tertolak/sia-sia dan tiap-tiap yang sia-sia itu tempatnya di neraka.
Terpanggil saya untuk menulis blog ini adalah kerana untuk memperbaiki diri ini.Berkongsi perkataan yang hanya akan jadi sia-sia kalau terus terpendam dalam benak fikiran saya sendiri.Saya mulakan penulisan ini dengan perkataan Rasulullahu sallallaahu alaihi wasallam di mana yang telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Kitab Sunannya dan juga Imam Tarmidzi dalam sunannya.Hadith sohih yang telah diakui kesohihanya dan dicatatkan dalam Kitab As-Sohihah oleh Syeikh Albaani rahimahullah.
Semoga Allah meredhai usaha saya ini dan melindungi kita semua dari kemurkaannya.
No comments:
Post a Comment