Ku mulakan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani ,
Bismillahirrohmanirrohim ,
Abah dedikasikan tulisan ini untuk Muhammad Shah Ramadhani pewaris takhta keluarga sebagai pemimpin masa hadapan yang jelas bukan masa untuk abah atau ibu mu mendominasi ruangan dan waktunya.
Pesan dan nasihat ulung Abah adalah untuk kau berpegang pada tali Allah dan jangan se-sekali syirik kepadanya , berbuat baiklah pada sekelian manusia dan kembalilah kepada al-quran dan sunnah rasulnya buat membimbing kehidupan mu yang akan penuh dengan pancaroba.Sepertimana insan mulia Luqmanul Haqim berpesan pada anaknya hingga disemadikan kisah hebat ini oleh Allah dengan kalamnya .
يٰبُنَىَّ إِنَّها إِن تَكُ مِثقالَ حَبَّةٍ مِن خَردَلٍ فَتَكُن فى صَخرَةٍ أَو فِى السَّمٰوٰتِ أَو فِى الأَرضِ يَأتِ بِهَا اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَطيفٌ خَبيرٌ
(16) (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.يٰبُنَىَّ أَقِمِ الصَّلوٰةَ وَأمُر بِالمَعروفِ وَانهَ عَنِ المُنكَرِ وَاصبِر عَلىٰ ما أَصابَكَ ۖ إِنَّ ذٰلِكَ مِن عَزمِ الأُمورِ ﴿١٧﴾(17) "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.وَلا تُصَعِّر خَدَّكَ لِلنّاسِ وَلا تَمشِ فِى الأَرضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ مُختالٍ فَخورٍ ﴿١٨﴾(18) "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
No comments:
Post a Comment